23 Disember 2010 - 20:30

Pemimpin kumpulan pengganas Jundus-Syaitan Abdul Rauf Rigi yang menggantikan Abdul Malik Rigi telah berjaya diberkas pihak berkuasa Pakistan. Sumber Iran menyebut Abdul Rauf lebih bahaya dari Abdul Malik

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Abdul Rauf Rigi pemimpin kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Jundullah telah berjaya ditangkap oleh pasukan keselamatan Pakistan.

Laporan Agensi Berita Iran (IRNA) beberapa jam lalu menyebut: Sumber berita tempatan Pakistan telah memaklumkan pihak berkuasa pakistan berjaya menangkap pengganas ini dalam satu serbuan.

Abdul Rauf Rigi merupakan pemimpin kumpulan pengganas itu  setelah Abdul Malik Rigi ditangkap dan dihukum mati di Iran. Menurut sumber dari Iran Abdul rauf lebih bahaya dari Abdul Malik. Opeasi keganasan pertama beliau membalas dendam penangkapan Abdul malik Rigi berlangsung di malam kedua bulan Farvardin 1389 di wilayah Saravan di mana sekumpulan anggaota keselamatan Iran cuba dijadikan tawanan. Namun hasil kecekapan pihak berkuasa Iran percubaan itu berjaya dipatahkan.

Kumpulan ini juga bertanggung jawab dalam peristiwa pengeboman di Cabahar pada malam ke-sembilan Asyura.